Stevico dapat "LESEN KELULUSAN US FDA"? Telah di buktikan PALSU!

Sudah pasti anda telah menyaksikan di dalam web pro-stevico; secara terus terang mereka mendakwa produk mereka di luluskan FDA.

FDA? Anda kenal siapa FDA?

Berikut adalah sijil yang di uar-uarkan itu:





















Tentang FDA


FDA bukan agensi tepi jalan. United States Food and Drugs Administration adalah badan yang bukan calang-calang di Amerika. Mereka menyemak segala perkara yang di makan oleh rakyat Amerika. Oleh itu bukan mudah untuk mendapat kelulusan FDA. Boleh makan bertahun-tahun dibuatnya.

Syabas kepada Stevico Direct, syarikat yang ternama ini berjaya melepasi FDA. Benarkah? Atau apakah dia kandungan Sijil itu sebenarnya? Ada sesiapa yang pernah semak?


FDA Registrar Corp

Sijil yang dipamerkan Stevico adalah sijil yang dikeluarkan oleh FDA Registrat Corp. Mereka ini BUKAN FDA. Mereka hanyalah agen yang membantu syarikat yang bukan dari Amerika untuk berdaftar dengan FDA. Sila rujuk website mereka di sini.

Mereka mengatakan:

"Registrar Corp provides Registration, U.S. Agent, and Compliance Assistance for U.S. and Non-U.S. Companies in the Food and Beverage, Medical Device, Drug, and Cosmetics Industries. Registrar Corp assists businesses with FDA compliance. Registrar Corp is not affiliated with the FDA."

Dan jika anda baca sijil itu dengan teliti, ia mengatakan dengan jelas bahawa sijil itu hanyalah satu pengakuan bertulis yang mengatakan syarikat yang disebutkan itu berdaftar dengan FDA. Hanya berdaftar, bukan "lesen kelulusan". Ada beza yang sangat ketara disini.

Bagaimana pun di atas rasa ingin tahu, penulis telah menghubungi pihak RegistrarCorp, yang mempunyai cawangan di Singapura. Saya hanya ingin mengesahkan sijil ini, adakah ianya tulen, atau sebaliknya.

Disertakan di dalam email pertanyaan itu salinan sijil Stevico, alamat syarikat di Jepun dan juga nombor pendaftaran FDA.


Sijil palsu

Dua hari kemudian, email dibalas oleh personel dari Registrar Corp Singapore.

Sijil Stevico adalah sijil Palsu! Palsu!

Tidak pernah terdapat nombor pendaftaran sedemikian, tidak pernah terdapat alamat yang sedemikian!

Tidak percaya? Tolong angkat gagang telefon, hubungi mereka! Sekarang!

Registrar Corp's Office in Singapore (also serving Indonesia & Malaysia)
37 Bin Tong Park
Singapore 269818
Phone: +65-64662851
Fax: +65-64662851
Mobile: +65-94770229
Email: singapore@registrarcorp.com

1 comments:

Anonymous said...

I betul betul hairan... kalau company ini palsu, kenapa tak report sahaja kepada Bank Negara? Kalau boleh, sila tunjukkan official email anda dalam website. Kalau tidak, jangan lar tuduh sekadar-kadar. Kalau betul betul nak buat claim, bagilar nama sekali anda, tak payah sembunyi dalam nama blog. Memang geli hati bila membaca blog anda.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...